SEKAPUR SIREH




KATA ALUAN PENGETUA SMK NYALAS

Terlebih dahulu kalimah syukur saya saya pajatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka dapat kita bersama-sama dalam pendidikan melalui penggunaan teknologi alaf baru.
                                           
Pada kesempatan awal ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua guru dan warga SMK Nyalas serta para pelajar atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam meningkatkan penggunaa ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 

Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, penggunaan ICT merupakan salah satu platform yang sangat berkesan dalam penyampaian maklumat dengan cepat dan efektif. Saya sangat berharap supaya semua warga sekolah dalam menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya supaya pencapaian akademik akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Kita juga dituntut untuk  melakukan usaha-usaha penambahbaikan dalam semua aspek bagi menjana kecemerlangan dan kegemilangan. Oleh itu saya sangat berharap agar semua warga SMK Nyalas khususnya guru-guru dapat melengkapkan diri dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi arus transformasi negara khususnya transformasi dalam pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Saya juga berharap warga SMKN dapat menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, NKRA,  Falsafah Sekolah, Misi, Visi, KPI, Objektif dan Piagam Pelanggan sekolah serta dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan berusaha ke arah mencapai segala yang dihasratkannya.

Bersempena dengan penubuhan Laman Web Rasmi sekolah ini di harap kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih mudah seterusnya komuniti luar juga dapat mendekati sekolah dengan lebih mudah. Saya juga berharap supaya laman web ini menjadi salah satu platform untuk komuniti ibubapa atau penjaga pelajar dapat menyampaikan pandangan serta pendapat dengan pihak sekolah dengan lebih berkesan.

Saya berharap supaya sekolah ini lebih maju dan cemerlang di masa akan datang. Sekian, terima kasih.


1  MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.



Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas,
77100 Asahan,
Melaka.