Terlebih dahulu
kalimah syukur saya saya pajatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya maka dapat kita bersama-sama dalam pendidikan melalui penggunaan teknologi alaf baru.
Pada kesempatan
awal ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada semua guru dan warga SMK Nyalas serta para pelajar atas kerjasama serta komitmen yang
diberikan dalam meningkatkan penggunaa ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam dunia
pendidikan yang semakin mencabar ini, penggunaan ICT merupakan salah satu platform yang sangat berkesan dalam penyampaian maklumat dengan cepat dan efektif. Saya sangat berharap supaya semua warga sekolah dalam menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya supaya pencapaian akademik akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Kita juga
dituntut untuk melakukan usaha-usaha
penambahbaikan dalam semua aspek bagi menjana kecemerlangan dan kegemilangan.
Oleh itu saya sangat berharap agar semua warga SMK Nyalas khususnya guru-guru
dapat melengkapkan diri dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi arus
transformasi negara khususnya transformasi dalam pendidikan seperti yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Saya juga
berharap warga SMKN dapat menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
NKRA, Falsafah Sekolah, Misi, Visi, KPI,
Objektif dan Piagam Pelanggan sekolah serta dasar-dasar kerajaan berkaitan
dengan pendidikan dan berusaha ke arah mencapai segala yang dihasratkannya.
Bersempena dengan penubuhan Laman Web Rasmi sekolah ini di harap kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih mudah seterusnya komuniti luar juga dapat mendekati sekolah dengan lebih mudah. Saya juga berharap supaya laman web ini menjadi salah satu platform untuk komuniti ibubapa atau penjaga pelajar dapat menyampaikan pandangan serta pendapat dengan pihak sekolah dengan lebih berkesan.
Saya berharap supaya sekolah ini lebih maju dan cemerlang di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN
MELAKA MAJU
NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.
Pengetua,
Sekolah Menengah
Kebangsaan Nyalas,
77100 Asahan,
Melaka.